Wednesday 8 April 2015

TAHUKAH ANDA BAHAWA SUPLIMEN PROTEIN ANDA HALAL ATAU HARAM?

TAHUKAH ANDA BAHAWA SUPLIMEN PROTEIN ANDA HALAL ATAU HARAM. SILA BACA UNTUK MENGETAHUI LEBIH LANJUT.
ENZIM
Protein adalah bahan yang didapati di dalam semua sel hidup. Protein berguna untuk membawa tindak balas kimia di dalam dan di luar badan, tanpa memakan dirinya sendiri. Kebanyakan protein adalah hasil ekstrak daripada haiwan atau mikroorganisma dan digunakan dalam industri makanan untuk mengeluarkan produk keju dan lain-lain lagi. Jika bahan tersebut dibuat dari hasil haiwan yang halal dan yang disembelih dengan cara Islam, juga daripada sumber tumbuh-tumbuhan atau dari mikroorganisma, ianya adalah halal. Jika tidak, ianya adalah tergolong dari bahan-bahan haram. Sesetengah Enzim mikrob adalah enzim yang paling bersesuaian digunakan kerana ianya tidak menggunakan sumber binatang
WHEY
Bahagian berair susu yang dipisahkan dari dadih semasa proses pembuatan keju. Ianya digunakan sebagai salah satu ramuan dalam banyak jenis produk. Jika enzim yang digunakan untuk menghasilkan dadih dan keju adalah Halal, bahan whey tersebut adalah dikira Halal. Jika tidak, ianya haram. Lebih elok jika umat islam menjauhi dari penggunaan produk whey melainkan yang dicertifikasikan halal oleh pihak yang bertauliah dan boleh dipercayai.
TIDAKKAH SEMUA PRODUK WHEY ITU HALAL?
Whey protein adalah campuran protein globular yang dipencilkan daripada bahan whey, iaitu cecair yang terhasil sebagai produk sampingan dari proses pengeluaran keju. Proses pengeluaran whey selalunya menggunakan enzim untuk membeku atau mengasingkan susu dari whey. Enzim ini selalunya boleh diperolehi daripada sumber haiwan, sayur-sayuran atau mikrob dan sumber haiwan termasuk dari babi dan lembu. Enzim yang diperolehi daripada babi dipanggil pepsin, dan adalah haram. Satu lagi enzim yang berasal daripada babi atau lembu adalah lipase. (Lipase juga boleh dihasilkan dari organisma mikro dan ini dianggap sebagai enzim halal)
Salah satu enzim yang berasal dari lapisan dalam perut keempat anak lembu adalah dikenali sebagai rennet. Ianya penting untuk umat islam menentukan bahawa lembu tersebut telah disembelih dengan cara yang halal. Enzim ini juga boleh dihasilkan dengan proses mikrob dan Enzim mikrob yang tidak berasal dari hasil haiwan adalah Halal.
Rennet adalah persediaan mentah yang mengandungi lapisan perut anak lembu yang telah dikering dan dikisar. Enzim aktif ini dipanggil Chymosin dan chymosin yang ditulenkan dihasilkan melalui pengubahsuaian genetik organisma mikro apabila gen chymosin dari anak lembu telah dibiakkan dan dimasukkan ke dalam sel mikrob. Enzim Rennet anak lembu selalunya digunakan oleh pengeluar keju. Selain itu, enzim babi, seperti lipase, masih digunakan lagi didalam proses pembuatan keju.
Kebanyakan produk whey tidak menyenaraikan sumber enzim, jadi seseorang islam itu mesti berwaspada.

No comments:

Post a Comment